Sejarah Berulang...

Saya na citer kat kwan2 blog fifah...ttg seorang hamba Allah, seorang makhluk-Nya. .
seorang yg degil, ta mahu na terima kenyataan.. . . BENCI ANDA(gelaran kpd org ini)...

* fifah ta suke anda...
*anggap anda sbg kawan rapat
*macam fifah anggap finaz,tasya,fauziah,rafidah...dan kwan2 lain jugak...
*ta lebih dan ta kurang...
*ayah fifah blom ajar cara utk SAYANG kpd org lain selain=
*Allah SWT, Rasulullah SAW, rasul2 & nabi2, family sendiri, adik beradik, kawan2....
*kekasih ta da dlam senarai...
*maafkan fifah...
*kali kedua, fifah maafkan....
*andai saja, ade kali ketiga....
*ta mau kawan lagi dgn anda....
*fifah minta maaf kerana ini. . dan kerana hari tuee...
*SAYA BENCI ANDA . .
*PERUBAHAN ANDA DINANTIKAN OLEH SAYA. .


Tips Mengatasi PUTUS CINTA. .(muslimah)

. . .السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seperti yang anda sume tahu...kalau ta mao putus cinta, jdi ta ya la bercinta kan??
=macm kta pepatah satu ni la...:kalao takot dilambung ombak..so jgn berumah di tpi pantai...btoi ta??

  Soo, fifah na kongsikn tips2 supaya krg ta yah bercinta..(klu mcam fifah laa...msih skol lg. . )
daaannn...ta la cdih klau anda ngan bf anda TER-putus...hehe

  Renungkan sama2 k...


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.
"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."

KENAPA WANITA PERLU BERTUDUNG LABUH???(Bah.2)


1) Menutup Aurat
2) Elak Tabaruj (menampakkan perhiasan secara zahir)
MENUTUP AURAT adalah kewajipan bagi setiap muslim tambahan lagi kita seorang wanita.. Aurat wanita pulak seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka.. Asma’ anak saidina abu bakar pernah ditegur oleh Rasulullah dalam bab berpakaian kerana pakaian dipakai asma’ terlalu nipis hingga menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya disembunyikan… Tudung labuh mampu menutup sisi hadapan, tepi dan belakang.. tudung silang leran 60 tutup hadapan dan belakang dan tudung ala kadar tutup yang sekadar bawah dada skit dan kadang2 terangkat terlebih2… Bertapa rendahnya maruah wanita itu andainya dibiarkan tubuhnya untuk ditonton dikhalayak ramai sedangkan tubuhnya itu hanya layak diperlihatkan oleh mahram dan suaminya sahaja… Betapa dayus seorang lelaki andainya membiarkan isteri dan anak-anak perempuan mereka menutup aurat ala kadar.. Hidup kita menuju akhirat, lebih baik kita sempurnakan amalan kita semoga tiada yang tersangkut kerana kejahilan kita sendiri…
tudung
ELAK TABARUJ, dari pespektif islam seorang muslimat tidak dibenarkan untuk menzahirkan hiasan diri seperti bersolek wajah, memakai barang kemas yang terlalu banyak dan berfesyen.. Semoleknya wanita solehah memakai pakaian yang bewarna agak gelap, tidak bersolek atau berwangi-wangian dan berfesyen yang melampau.. Sesuailah andai muslimat bertudung labuh, bewarna agak gelap dan agak tebal maka terselamat diri dari azab neraka.. Jika dibandingkan tudung silang leran 60 pasti kita ingin berhias walau sedikit dengan meletakkan keronsang kiri kanan tambahan tudung yang pelbagai corak yang menarik perhatian… andai ada orang memuji tudung yang kita pakai dengan kerosang yang cantik pasti terangkat, dan keluarlah perasaan riya’… Andai betudung cantik tak sah kalau tak dicolekkan sedikit solekan kurang2 bibir bewarna merah.. seperti wahida,wardina, dan seumpama mereka. .

= Oleh itu, Tepuk dada, tanyalah IMAN...

Kenapa Wanita Islam Perlu Bertudung?? (Bah.1)

Ada seorang lelaki yang ingin memeluk agama Islam dah telah mempelajari dengan mendalam apa itu islam dan kelebihannya, namun tidak dapat mencari jawapan kenapa wanita islam perlu memakai tudung. Bila ditanyakan pada wanita-wanita yang bertudung, mereka menyatakan bahawa mereka bertudung kerana tuntutan agama islam itu sendiri.  Jawapan tersebut masih tidak dapat memuaskan hatinya sehinggalah dia menemui seorang ustaz. Apabila dia menyatakan masalah berkenaan tudung kepada ustaz tersebut, ustaz tersebut hanya tersenyum dengan masalah yang dihadapi oleh lelaki tersebut
Dengan rasa penuh ingin tahu, lelaki tersebut meminta supaya ustaz menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan wanita bertudung ini dan kenapa perlu bertudung? Ustaz tersebut menyatakan dengan meminta lelaki tersebut membandingkan emas yang di jual di kedai emas dan yang dijual dipasar malam. Lelaki tersebut dengan pantas menyatakan bahawa emas yang di jual di pasar adalah palsu, murah dah tiada kualiti tetapi emas yang dijual di kedai emas adalah emas tulen, mahal dan tinggi kualitinya.
Sekali lagi ustaz tersebut meminta lelaki tadi untuk menyatakan bagaimana keadaan emas yang berada di pasar dan di kedai emas. Lelaki tersebut menyatakan bahawa emas yang berada di pasar malam (palsu) biasanya tiada orang mahu mencurinya dan boleh ditinggalkan dengan amannya. Manakala emas di kedai emas dijaga penuh rapi, dengan cermin kalis peluru, dengan di kawal oleh pengawal keselamatan untuk mengelakkan dari dicuri untuk mendapatkan nilainya yang sangat mahal.
Kemudian ustaz tersebut menyatakan bahawa wanita yang bertudung adalah diumpamakan dengan emas yang berada di kedai emas, sangat terjaga dari segi tatasusilanya, menjaga kehormatannya dan menjaga agamanya. Manakala wanita yang tidak bertudung seumpama emas di pasar malam di mana nilainya sangat rendah, kurang bertatasusila, tidak menjaga kehormatannya (auratnya) seolah2 tidak patuh dengan ajaran agama yang dianutinya.

Tidur Bertemankan Pisau. .(ILUVISLAM)


"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.
Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10.00 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.
Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.
"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.
"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.
Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.
"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.
Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Jan lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.
"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.
"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.
Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.
"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.
Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.
"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.
- Sepang, 3 Februari 2011

Rama-rama VS Wanita. .(ILUVISLAM)


Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.