Aku hipokrit? Ampuni aku Allah.

I am being human. Not perfect exactly. I am sorry.
Menjadi seorang manusia yang terbaik adalah impian setiap manusia. Termasuklah aku. Ya! Aku tak pernah berpuas hati terhadap sesuatu yang pernah aku lakukan. Tapi sepertimana yang telah dinyatakan dalam sebuah tazkirah yang aku hadiri, ustaz tersebut ada menyebut,

"Setiap satu saat yang berlalu adalah penentu masa depan seseorang. Sesaat yang berlalu tidak akan dapat dikembalikan walaupun dibayar dengan segunung emas. Hargailah masa kerana membuang masa bermakna anda mempersia-siakan kehidupan anda"
Tetapi hari ini aku bukan nak sentuh tentang masa tetapi tentang HIPOKRIT
Hipokrit ialah orang yang suruh orang lain buat baik tapi dia buat jahat.
1-Nifaq(munafik) dan hipokrit tiada beza ertinya dalam sudut bahasa. Iaitu orang yang berpura-pura. 

Dalilnya : 

Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami 'Ashim bin Muhammad bin Zaid bin Abdullah bin Umar dari ayahnya, beberapa orang berkata kepada Ibnu Umar: 'Dahulu jika kami menemui penguasa kami, kami mengatakan sesuatu yang menyelisihi pembicaraan kami ketika kami telah meninggalkannya.' Maka Ibnu Umar berkata : "Yang demikian kami anggap suatu kemunafikan." (Riwayat al-Bukhari hadith no - 6642)

2-Zaman Nabi dan sahabat, nifaq lebih sinonim berbentuk i'tiqadi. Iaitu berpura-pura Islam. Ramai orang berpura-pura memeluk Islam kerana untuk jaminan keselamatan.
Hipokrit/Nifaq amali itu tidak mengeluarkan dari Islam. Sebaliknya orang yang jelas-jelas melanggar suruhan dan larangan Allah boleh mengeluarkan dari Islam.

Kisah aku:
Alhamdulillah sejak Mak Long Afifah balik dari menunaikan haji, aku seakan dapat merasakan sesuatu yang selalu tolak saya untuk melakukan kebaikan. Dari dulu, aku memang bukan penggemar melakukan kebaikan, dari hal tolong-menolong, jaga adik, masak untuk keluarga, sebab dalam fikiran aku mengatakan 'semua ni bukan kerja aku!'

Selain itu, aku tak pandai membiasakan diri bila berada di luar kawasan rumah. Sejujurnya dari dulu sampai ke hari ini, aku tak suka hadir ke majlis keramaian sebab majlis macam tu dipenuhi orang ramai. Tapi, sejak dua menjak ni, aku macam dah pandai uruskan diri bila berada jauh dari keluarga dan sedang membiasakan diri menghadiri majlis ilmu mahupun kenduri kahwin.
\\kalau korang nak tahu, aku boleh kira berapa kali aku pergi kenduri dengan jari dalam setahun..whoaa! hebat tak?

Aku nak biasakan diri hadir ke majlis sebegitu dianggap hipokrit? salahkah aku walaupun aku sendiri sedang mencuba?
Kisah kedua: Aku dilahirkan dalam keluarga yang bersederhana. Dididik untuk bersederhana dalam setiap sudut. Dan seperti mana yang korang tahu, aku adalah salah seorang calon SPM  tahun ni. Dan buat tahun ni, aku tak beli apa-apa pakaian baru untuk tahun ni kecuali kasut (sebab last yearkan, kesian mak ngan ayah nak tanggung adik-adik lagi). 
Disebabkan uniform sekolah masih elok meskipun sudah berubah warna aku tetap bersyukur kerana nampak sangatlah aku pandai jaga pakaian kan.. Lagipun, aku adalah manusia yang terpilih kerana diberi peluang untuk menyarungkan pakaian ke batang tubuh sedangkan ramai lagi manusia kat luar sana yang tak punya peluang untuk menjejakkan kaki ke sekolah seperti aku.

Oleh sebab tudung sekolah aku tu agak singkat tetapi masih memenuhi syarak (iaitu labuh tudung itu mestilah menutupi dada), manakala tudung yang aku pakai di rumah (yang aku beli guna duit sekolah yang mak ayah bagi sehari rm2.50-3.00 untuk aku) lebih labuh aku dikatakan hipokrit? Salahkah aku? Perlukah aku berdiri tegak dan manusia di belakang aku sedang mengumat ngamit mengumpat aku? Kuatkah aku untuk hadapi semua ini? 


"Ya Allah ampuni aku jika aku telah tersasar jauh dari landasan-Mu suatu masa dahulu.. tetapi hari ini aku datang, aku datang menghampiri-Mu, mendekati-Mu, dan mudah-mudahan engkau sentiasa membimbing aku agar tidak terpesong jiwaku ini buat sekali lagi kerana aku bahagia bersama-Mu. iN Syaa Allah.Ameen!"

Kisah ketiga: Sejak bulan Ramadhan tahun 2012 aku telah melakukan perubahan yang telah mengejutkan mak iaitu memakai stokin dan arm sock apabila menjejakkan kaki ke luar dari rumah. Pandangan orang ramai juga lebih kurang macam ni,


Tak dinafikan, wujud dalam sebuah masyarakat yang agak terbuka mindanya, mungkin juga agak cetek bila menyebut hal agama. Tetapi tidak ayah, ayah malah senang dan gembira dengan perubahan itu. Mungkin bagi ayah, aku adalah penentu nasib keluarga di masa hadapan KERANA anak-anak adalah penentu ibu dan bapa di Padang Mahsyar. 
In syaa Allah, tiada siapa tahu kan, kecuali Allah. 

\\Ayah kata, mudah-mudahan kakak istiqamah dalam perubahan ini. dan aku mengaminkannya. 



“…..Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung…”
~an nur :31~

:doakan saya untuk terus istiqamah dlm perubahan ini.