Assalamualaikum..
Bagi saya, antara ciri-ciri pakaian yang menepati pakaian muslimah adalah:
Tutup aurat bukan bermaksud pakai tudung sahaja.
Tolong hayati maksud UAI disini-
Tidak ketat,jarang, sehingga boleh menampakkan susuk tubuh badan.
Andai mereka memakai tudung, tutuplah dengan niat menjauhkan pandangan ajnabi,
bukan untuk meraih perhatian.
Pada pendapat saya, sememangnya zaman ini, merupakan zaman maju dan serba canggih,
oleh itu, kita patut bergerak seiring dengannya. Menyunting maksud hadis Rasulullah s.a.w.
‘didiklah anak-anak mengikut zamannya’.
Namun tidak semestinya kita melupakan cara pemakaian wanita yang sebenarnya sejak dari dahulu, jangan kita memandai-mandai mengubahnya. Oleh itu, wahai wanita, kita harus bijak. Tidak semestinya, wanita muslimah perlu berbaju kurung jika hendak keluar, blouse panjang[melepasi punggung] dan seluar slack panjang, tidak ketat serta tudung yang melepasi dada sudah memadai cara pemakaian Islam sebenar. Mudah kan..?
Al-Quran mengariskan panduan kepada wanita Islam seperti berikut: "Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
Ingatlah wahai wanita: Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
Hayatilah..wassalam
7 comments:
Thanks join..semoga berjaya..^^
hi,dear.sy dtg dr segmn yg sm.jmput tgk
http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
Good luck ye.
Jom join,semua peserta yang join akan dapat hadiah.
http://norziehany.blogspot.com/2012/07/jom-sama-sama-kita-bermarathon.html
gud luck eh :)
tahniah..jom tengok pemenang GA..:)
Askm. Tahniah dik...
congrats!!! =)
Post a Comment