Wahai Pewaris Aisya Humaira'



  1. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  2. Wanita perlu meminta izin suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isteri tetapi pada ibunya.
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita melihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kpd suami ttpi lelaki wajib mentaati ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,manakala lelaki perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi stp saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat,,seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun oleh ALLAH [dosa kecil]. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini ;isterinya, ibunya,anak perempuannya,saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini ;ayahnya,anak lelakinya,suaminya, saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat shj :
  1. Solat 5 waktu sehari semalam.
  2. Puasa di bulan Ramadan
  3. Taat pada suami
  4. Menjaga kehormatan diri
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya pada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala bagi orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita.

8 comments:

Cikgu Ma said...

allah memang sayangkan wanita...tapi sayangnya wanita sekarang masih ramai tak terima kasih sayang Allah tu ^_^

thanx follow my blog...datang membalas kunjungan ^_^

dEdEQ dE wIshEs said...

SUBHANALLAH .. BERSYUKUR SGT JADI PEREMPUAN .. ALHAMDULILLAH ..

MF DEAR .. NK FOLLOW TP LINE K.O .. NANT LINE DA CANTIK .. KITE FOLLOW K

Unknown said...

nice entry :)

Unknown said...

dan dah follow jugak :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

tq berkngsi ilmu dear.

nuyui a.k.a miss YUI said...

p/s: hrga tudung yui dah update dlm enty ya.

Unknown said...

bangga jadi wanita...Allah sayang...

Ika said...

btol3. sygnye allah kat kite. :D