Hitam

Jadilah kuat hati 
Persis sang hitam
Meski bercampur warna
Dia masih teguh 

Walau dicampur bait kata
Fitnah cinta
Noda dunia
Hina manusia

Biar kekal hitam
Prinsip serta tekad
Takkan beralih putih
Untuk meraih manis

Hidup sementara
Biar kata mereka
Asal jiwa teguh kukuh
Menyambut seru Tuhan 
Tenang tidak jatuh


Selembar Hina
8/12/2015

>bismillah...bila tengok kat post yg publish untuk tahun 2015, rasa teruk sangat. sibuk sangat kah aku? atau terlalu sibuk membuang masa . istighfar, moga kembali bernyawa selepas ini.

No comments: