Assalamualaikum, niat hanya mahu mengemas lapangan yang sudah ditumbuhi lalang dan rumput menjalar. Entry pertama bagi tahun 2016, dan dengan doa menggunung harap bukan yang terakhir barangkali. Teringat pula selakkan buku 'Mak Kau Hijau' kalau tak silap, terbaca kat popular hari tu. Baca ja tak beli pun. "You runs the time, or time runs your life" -sangat deep. Masa tersangat lah pantas berlalu meninggalkan pelbagai memori indah dan gundah. Yang suka duka. Semuanya masih memaut rasa. In Shaa Allah, kenangan dan pengalaman yang akan mematangkan hati jiwa serta segala keputusan kita, meski manusia acapkali menyesal atas keputusan yang diambil. Aku mohon maaf.
Alhamdulillah dan In Shaa Allah hujung bulan April ni dah nak habis semester 4. Subhanallah cepat sangat-sangat masa. Rasa macam baru semalam packed barang nak daftar UiTM . haha. Bila dah nak dekat-dekat dengan praktikal ni semakin la fikir macam-macam. Nak praktikal dengan siapa? Kat mana? nanti nak inspect dengan siapa? Nak tinggal dengan siapa? Ya Allah terlampau banyak fikir kot sampai kadang-kadang tu rasa nak lari jauh-jauh macam kat Sg Golok tu pastu terjun. Pastu jumpa lelaki lambok. Ending story, kahwin kat Lambok. Nau'zubillah minzalik.
Takmao takmao. Lastly, nak minta doakan agar dipermudahkan hidup kita, di dunia dan yang paling penting, akhirat kelak. Allahumma Amin. Dah nak dekat final exam walaupun sebenarnya ada lagi 5 minggu. Tapi takpelah, doa, ikhtiar, usaha, tawakal. In shaa Allah, Allah knows better than us. Right? Agar dipermudahkan segala urusan, submission, presentation, question and answering section, dan yang terakhir final exam. Lepas tu boleh Enjoice!
p/s: Tajuk tak ada kena mengena dengan sesiapa pun cuma terkesan dengan video klip Final Masquerade-Linkin Park, serta maksud disebalik liriknya. nak tamatkan dengan pantun tapi tetiba pula lupa, next time lah ye. Wassalam
No comments:
Post a Comment