teratak hati 1st Giveaway^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum..
Sponsored by Anggun Solehah Shop^^

Bagi saya, antara ciri-ciri pakaian yang menepati pakaian muslimah adalah:
Tutup aurat bukan bermaksud pakai tudung sahaja.
Tolong hayati maksud UAI disini-

Tidak ketat,jarang, sehingga boleh menampakkan susuk tubuh badan.
Andai mereka memakai tudung, tutuplah dengan niat menjauhkan pandangan ajnabi,
bukan untuk meraih perhatian.

Pada pendapat saya, sememangnya zaman ini, merupakan zaman maju dan serba canggih,
oleh itu, kita patut bergerak seiring dengannya. Menyunting maksud hadis Rasulullah s.a.w.
‘didiklah anak-anak mengikut zamannya’.
Namun tidak semestinya kita melupakan cara pemakaian wanita yang sebenarnya sejak dari dahulu, jangan kita memandai-mandai mengubahnya. Oleh itu, wahai wanita, kita harus bijak. Tidak semestinya, wanita muslimah perlu berbaju kurung jika hendak keluar, blouse panjang[melepasi punggung] dan seluar slack panjang, tidak ketat serta tudung yang melepasi dada sudah memadai cara pemakaian Islam sebenar. Mudah kan..?

Al-Quran mengariskan panduan kepada wanita Islam seperti berikut: "Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."

Ingatlah wahai wanita: Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.


Hayatilah..wassalam

Hari ini cukup 16 Tahun..Alhamdulillah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah ke hadrat ilahi, sudah 16 tahun menghirup udara-Nya,
memijak bumi-Nya, menikmati keindahan alam ciptaan-Nya.
Ya Allah, sesungguhnya segala rancangan dan ciptaan Mu pastinya
terselit sesuatu janji yang pastinya sentiasa manis.


Alhamdulillah umur Afifah masih panjang sehingga ke-saat ini.
Korang tahu ta hari ini bersamaan dengan hari apa?

Hari Nisfu Syaaban, tahu ta hari apa tue?
Hari tertutupnya buku amalan kita dan terbukanya buku amalan baru.
Alhamdulillah Afifah berpuasa hari ini,
mudah-mudahan buku amalan Afifah nnti diakhiri dengan amalan yang baik serta
ditutup juga dgn amalan yang baik..Insya-Allah.

hee...tadi syafinaz bagi hadiah taw, thanx ya!
kaan yg lain wish je..terima kasih bnyak2. sayang korang:p
mudah-mudahan juga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..Amin!