Who HLOVATE.

Kenapa memilih nama Hlovate, apakah falsafah yang tersembunyi di sebalik nama itu?Not much reason. Invented/came up with that hybrid word for a piece that I was writing in 1998. and picked that as the pen-name for the blog back in 2005 because it's unisex and neutral enough. 
Mengapa Hlovate tidak ingin dikenali? Kenapa... terpaksa bersembunyi ala-ala 'man in iron mask'?i) I value my privacyii) fed-up hidup dengan expectation manusia 
Apakah harapan Hlovate untuk karya terbaharu Rooftop Rant, kenapa memilih tajuk Inggeris?Harapan: for those who read it to really read and take heed.Tajuk: it sums the hikayat. 
Berapa lama Hlovate mengambil masa untuk menulis novel ini? Apakah cabarannya, dan apa yang manisnya dalam karya ini?Timeframe: start:0705:31122005end: 2331:16012008Cabaran: err... tader? kecuali faktor masa, mungkin.Kemanisan: all-out indie idea. tak payah fokus bab cinta. 
Selepas Rooftop Rant, novel apa yang akan disajikan kepada pembaca?Dunno. Ked? Versus? Berhenti menulis? 
Bagaimana Hlovate dapat membahagikan masa sebagai pelajar, dan kemudiannya menjadi penulis?Kalau nak sara hidup, you've got no choice but to work it out. One way or another. 
Apa nasihat Hlovate di luar sana kepada yang ingin menjadi penulis?Jangan jadi macam saya. 
Mungkin tak suatu waktu nanti Hlovate akan keluar dari persembunyian, dan membuka topeng 'iron mask' itu?Dunno. How 'bout nehi never? 
Selain penerbit (Kak Nila + Kak Ajah), ayah dan ibu Hlovate tahu tak yang Hlovate menulis...? Apa reaksi mereka.Parents baru tau in 2007, and the don't even know what my pen name is sampai hari ni.


antara karya hlovate:-
1.5 tahun 5 bulan
2.gurindam jiwa
3.[tunas]
4.aA+bB...sambungan novel [tunas]
5.rooftop rant

#copypaste:http://idafisa.blogspot.com/2009/05/jom-kenali-hlovate.html

Alhamdulillah. SPM dah habis.


Tepat jam 3.30 petang jam dinding dewan SMK DR. Burhanuddin, 27 November 2013 tamatlah peperangan Afifah bagi perang kehidupan untuk dunia persekolahan. Kehidupan perlu diteruskan, pencarian ilmu masih berterusan sehingga ke liang lahad, In Shaa Allah. 
Yahoo! Afifah dah habis exam, sebab ambilan sains extreme. Last paper, Biologi!

HAHA. gambar hiasan saja.

Afifah rasa bersyukur sangat dapat menghadapi dugaan yang tak boleh digambarkan dengan perkataan dalam usaha belajar. Hah! Mengeluh? Bukan kerana letih tapi berpuas hati. Mudah-mudahan keputusan yang Afifah terima adalah baik. Doakan ya!

Lepas ni nak buat apa? Nak kerja? Tak tahulah, ada rezeki kerja, untuk cari pengalaman je. Kalau tak ada dok rumah sajalah. Target sepanjang cuti: Nak belajar drive, khatam Al-Quran sekurang-kurangnya satu kali, baca novel dan buku-buku ayah, terus blogging? Mestilah. Join Giveaway banyak2..haha 

Allah Maha Adil

Alhamdulillah, minggu lepas Afifah dah habis exam trial. Syukur tapi ini bukannya SPM lagi. Lepas je habis trial tu, rasa macam nak tidoq puas-puas oh,,tapi bila ingat balik. "Afifah ini hanyalah dugaan trial sahaja, bukan penentu masa hadapan. Life and study must go on, SPM  are waiting for you. Sabar eh," alahai sweet je hati Afifah pujuk. haha!

Sekarang sedang menanti-nanti result trial. Rasa macam tak puas hati dgn study sbb tak concentrate sangat. Dan jiwa macam tak tenang je nak terima keputusan dari cikgu. Afifah rasa lagi, 'boleh tak nak amik periksa balik?' haha! Ops...banyak gelak.

Qilah selalu cakap, "pipah, takpe kita dah usaha sebaik mungkin. tapi kalau tak dapat tu mesti ada something, maybe study last minute ke, or anything else lah" Hati pun mula berkata-kata, struggle pipah, Allah Maha Adil, In Syaa Allah.

**Harap-harap ada menunjukkan peningkatan pada result trial ni, meski last minute. Excited menunggu result addmath. "Mungkinkah aku bahagia?" 

Blogwalking Raya~ Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. :]

                                  





**taktau kenapa pi panjat tanah tinggi tu,,lupa kot tgh pakai jubah. Habes control muslimah hancur. #Malunya! 

Thanks Nabila Medan

             


Nak ucap bebanyak terima kasih kat Nabila Medan **blogger comel dan famos. :] Sebabnya 'share'kan resepi Popia Nestum tu, SINI bolehlah juga tambahkan bilangan kuih raya yang ada kat rumah ni, lagipun senang je, macam makan kacang. Hehe. Nak tunjukkan kat korang antara gambar yang sempat di'capture' guna phone abang,,haha

Menggunakan tips yang diberikan oleh Nabila Medan kat SINI




Alhamdulillah. Akhirnya, jgn tengok background gambar ni, sbb rumah berselerak sangat. Tak menang tangan nak mengemas, In Syaa Allah malam esok saya update MISI MENGEMAS RUMAH pulak,,hehe.

Sebelum berundur Afifah nak ucapkan:

MAAF ZAHIR BATIN BUAT KAUM KELUARGA, SAHABAT HANDAL, DAN RAKAN BLOGGER. MESKI TIDAK PERNAH BERSUA, MUDAH-MUDAHAN UKHUWAH PERSAHABATAN KITA SENTIASA TERJALIN DGN KEREDHAAN-NYA. Amin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin, Dari Seluruh keluarga Ahmad Subuki Haji Zainal Abidin. Jemputlah datang beraya.


Cornflakes Madu yang sedap sangat~




**Amacam,,,rasa-rasa sedap tak? Buat sendiri tpi yg sempat capture yg ni je, sbb dua orang adik saya dah terliur tgok itu yang mak suruh susun dlm balang siap-siap. Alhamdulillah, siap satu jenis, esok nak try yang lain pulak,,Ada idea?


Banyak yang nak diceritakan.

Sejak Ramadan datang ni, macam-macam benda berlaku. Ada yang baik, Alhamdulillah dan ada yang datang sekadar menguji. Hari Isnin dan Selasa ni, (29 & 30) ada test Bahasa dan Sejarah. Kedua-duanya matapelajaran wajib lulus bagi Calon SPM 2013. Preparation: Tengah berusaha la ni,, =)

Sebenarnya tengah cek keputusan PLKN. Berdebar-debar sangat sebab tak mau p. Dari lepas Subuh tadi asyik dok jem kemain teruk lagi. 

**printscreen.

tak habih-habih dia punya redirecting. Malaih ar nak layan hang.

Haritu ada sembang dengan mak dengan ayah pasal PLKN ni,,
Ayah: Kakak, kamu dah ek dah keputusan PLKN?
(terpinga-pinga tiba-tiba,) Afifah: Dah keluaq ka? (perut rasa kecut semacam ja)
Ayah: Kawan ayah cakap hujung bulan ni,,,
Afifah: Lambat lagi, **malas nak ingat tpi hati dah memberontak.

Tiba-tiba mak datang,
Afifah: Mak, doa seorang ibu tu kan makbul. Mak doakan akak tak p PLKN tau.
(Mak dengan ayah main mata pulak!)
Afifah: Mak, janganlah aniaya akak pulak..,,
(Mak dengan ayah gelak,)

Ahh!~ Cepatlah..

Alhamdulillah, genap 17 tahun.

Subhanallah wal Hamdulillah wala illaha illallah Allahu Akbar.

Yeah! Hari ini genap umur saya(poyo kejap) genap 17 tahun. Umur yang dinanti-nanti dan sangat berdebar. Taktau kenapa tapi syok sangat-sangat. Haha! Saya ada kembar who born on the same date. Pagi-pagi lagi kitorang dah wish satu sama lain. Sai yang dok kat tepi dah cakap, haha..dua-dua hari jadi hari ni. And i get a big smile. Bersyukur sangat. Pada umur 17 tahun ni, Allah berikan kesihatan yang baik, keluarga yang baik, sahabat yang baik, dan persekitaran yang menerima kehadiran saya dengan sangat baik. 

Rasa macam tak nak menghadapi hari esok, sebab hari ni terlalu special buat diri saya. 
**thank you teacher for the singing. 

And the others, terima kasih sangat pada yang wish. Yang kat Facebook, mesej.. sori tak sempat nak ucap terima kasih.

Perhatian, sahabat sekalian.

Nota ringkas dan padat. Afifah nak cakap banyak-banyak ucap maaf sebab tak sempat nak balas semua pertanyaan korang. Dua-tiga hari ni, Afifah kurang sihat, jadi tak boleh nak mengadap komputer lama-lama. In Syaa Allah, kalau ada masa, Afifah update pasal projek ye, kalau tak sempat, Afifah minta maaf sgt2. Korang minta tolong dari kawan-kawan dan cikgu korang eh. Ada sikit soalan korang yang Afifah dah jawab, tengok-tengoklah ye.. Sekian.



OBSESI.

Subhanallah wal Hamdulillah wala illaha illallah Allahu Akbar. Memandangkan cuti semester kali ni panjang, maknanya banyaklah cerita yang Afifah nak ceritakan..SPM? hah! Semakin hari, semakin takut nak bertemu hari esok. Seakan masa yang berlalu sentiasa bergerak sama sahaja, tiada perubahan yang dilakukan. Membosankan? Taklah, bukan bosan cuma diri sendiri yang cepat mengalah. Terlalu cepat berputus asa. Kecewa sangat. Jadi, untuk melepaskan semua perasaan yang bercelaru, it's more better kalau membiarkan jari-jemari sahaja yang berkata-kata.

OBSESI. Ya, memang tak dinafikan setiap orang mempunyai keinginan atau perasaan suka pada sesuatu benda, biar banyak-banyak pastu happy bila tengok benda tu. Yang pasti kali ini, bukannya perasaan CHENTA. Cinta itu memang fitrah setiap makhluk Allah diatas muka bumikan. Jadi antara benda-benda yang Afifah paling obses ialah., 

Carta no. 5
Novel nukilan Habiburrahman El-Shizari

**tak pernah baca semua lagi, setakat ni baru baca Di Atas Sajadah Cinta, dan memenag tak dinafikan, ceritanya seakan nukilan jiwa paling dalam.

Carta No. 4
Baju Kurung. Selalunya, orang perempuan kampung je yang sering dikaitkan dengan baju kurung ni kan? Tapi, kalau dah macam-macam corak, macam-macam jenis, perempuan mana tak suka kan?

 

fifahsubuki says: pakailah apa-apa pakaian, asalkan menepati ciri-ciri dibawah.


Carta No. 3
Selendang yang terhad dan mempunyai nilai abstrak.
Afifah memang suka beli dan kumpul selendang yang mempunyai corak yang jarang ditemui. Macam limited edition gitu, tapi taklah beratus-ratus harga dia. Beli pun kat pasar malam ja..haha!
 
**sejujurnya, semua selendang tu Afifah tak pernah pakai, adik bongsu Afifah ja yang pakai sebab saiz kecik dan agak jarang. Tapi, seronok dan ceria bila tgok dia pakai. Lawa.

Carta No. 2
Sneakers.

:lawa kan?
Yes! setakat ni Afifah dah ada dua pasang sneakers. Afifah suka pakai sneakers sebab dia tutup penuh kaki kita. Tapi, ada kawan cakap, perempuan pakai sneakers nampak brutal..betul ke? Haha~ Afifah harap sangat, satu hari nanti Afifah boleh beli sneakers yg berjenama dan cantik macam kat atas ni.. :]


Carta No. 1
Imej-imej comel dari internet. 
Afifah sendiri tak tahu kenapa Afifah suka sangat menyemakkan folder 'Awesomeness' dengan imej lucu, comel dan nasihat-nasihat. Mungkin untuk peringatan diri sendiri. In Syaa Allah. Ini antaranya:
-Imej comel,

 -Imej lucu,

-Imej nasihat,




 Cukuplah sampai disini dulu, In Syaa Allah ada rezeki Afifah Update lagi k. 

Alhamdulillah, hari ini sudah 1 Jun 2013. Afifah masih dapat bernafas seperti biasa. Semoga Allah memberi kita semua kebaikan di dunia dan akhirat kelak. Amin.Wassalam.

Alhamdulillah..Finally,,

Subhanallah wal Hamdulillah wala illaha illallah Allahu Akbar. Yesss! Finally, Afifah telah pun menyiapkan 99.99% kerja kursus Matematik Tambahan bagi calon SPM 2013. Waa..bangga gila. Tak percaya? 

Ni diaa..Buktinya. Amacam cantik tak? Sangat simple kan,, takpelah, ni pun guna printer kat rumah Hanis. Haha! Jutaan terima kasih yang tak tahu bila nak balas kepada my gorgeous teacher,, Puan Ch'ng Pooh Khem yang selalu memberi bantuan dan sampai kadang-kadang TER-bagi jawapan..

Selain itu, buat sahabat-sahabat Kumpulan 9. Susah payah kita harungi utk menyiapkan skrip jawapan,, :sori kalau ada buat korang terasa hati or apa-apa yang buat hampa rasa sedih. :'''(

Lagi, utk semuala.. mak ayah, adik-beradik, especially abang dgn adik yg terlalu rajin dok cek skrip ayat dan jalan kerja jawapan. TERBAIK! Sampai kadang-kadang typing error pun hampa nampak,, Hebat hampa wei~ Nanti akak belanja cendol Bismillah k! 
**dah macam ucapan pulak dah.


 **creative tak?


**peminat tegar MILO. siap ada tanda halal Jakim lagi. 
Halalan Toyyiban.



Bahagian yang paling memeningkan. Entah apa-apa punya soalan suruh kami merekabentuk kotak minuman, kami semua dah la buta seni. Tetapi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Yang pasti akhirnya, minda kami pun terbuka, budak-budakkan suka bermain. Jadi apa salahnya kalau pihak pembungkusan mereka satu bentuk kotak minuman yang berbentuk Hemisfera, Silinder.? Alawei, unikkan? HAHA!


Inilah antara lima jenis bentuk..Yang mana hampa suka? ~Takpe, saya ok, saya dah besar.


Takpee..Saya OK! Saya dah besar.


**Hanis punya kolaj. Kreatif tak dia? Siap ada straw lagi..haha


Finally, I love it. Esok boleh hantar! Alhamdulillah.

fifahsubuki says: rindunya kat tiga orang buah hati pengarang jantung, akak call umi cakap kamu semua demam, kesian sgt, In Sya Allah. Habis je SPM, akak terus duduk dgn kamu semua tiga bulan penuh Ok! I'm Promise. Doakan akak kat sini ye sayang.