Alhamdulillah. SPM dah habis.


Tepat jam 3.30 petang jam dinding dewan SMK DR. Burhanuddin, 27 November 2013 tamatlah peperangan Afifah bagi perang kehidupan untuk dunia persekolahan. Kehidupan perlu diteruskan, pencarian ilmu masih berterusan sehingga ke liang lahad, In Shaa Allah. 
Yahoo! Afifah dah habis exam, sebab ambilan sains extreme. Last paper, Biologi!

HAHA. gambar hiasan saja.

Afifah rasa bersyukur sangat dapat menghadapi dugaan yang tak boleh digambarkan dengan perkataan dalam usaha belajar. Hah! Mengeluh? Bukan kerana letih tapi berpuas hati. Mudah-mudahan keputusan yang Afifah terima adalah baik. Doakan ya!

Lepas ni nak buat apa? Nak kerja? Tak tahulah, ada rezeki kerja, untuk cari pengalaman je. Kalau tak ada dok rumah sajalah. Target sepanjang cuti: Nak belajar drive, khatam Al-Quran sekurang-kurangnya satu kali, baca novel dan buku-buku ayah, terus blogging? Mestilah. Join Giveaway banyak2..haha