Nota ringkas dan padat. Afifah nak cakap banyak-banyak ucap maaf sebab tak sempat nak balas semua pertanyaan korang. Dua-tiga hari ni, Afifah kurang sihat, jadi tak boleh nak mengadap komputer lama-lama. In Syaa Allah, kalau ada masa, Afifah update pasal projek ye, kalau tak sempat, Afifah minta maaf sgt2. Korang minta tolong dari kawan-kawan dan cikgu korang eh. Ada sikit soalan korang yang Afifah dah jawab, tengok-tengoklah ye.. Sekian.
OBSESI.
Subhanallah wal Hamdulillah wala illaha illallah Allahu Akbar. Memandangkan cuti semester kali ni panjang, maknanya banyaklah cerita yang Afifah nak ceritakan..SPM? hah! Semakin hari, semakin takut nak bertemu hari esok. Seakan masa yang berlalu sentiasa bergerak sama sahaja, tiada perubahan yang dilakukan. Membosankan? Taklah, bukan bosan cuma diri sendiri yang cepat mengalah. Terlalu cepat berputus asa. Kecewa sangat. Jadi, untuk melepaskan semua perasaan yang bercelaru, it's more better kalau membiarkan jari-jemari sahaja yang berkata-kata.
OBSESI. Ya, memang tak dinafikan setiap orang mempunyai keinginan atau perasaan suka pada sesuatu benda, biar banyak-banyak pastu happy bila tengok benda tu. Yang pasti kali ini, bukannya perasaan CHENTA. Cinta itu memang fitrah setiap makhluk Allah diatas muka bumikan. Jadi antara benda-benda yang Afifah paling obses ialah.,
Carta no. 5
Carta no. 5
Novel nukilan Habiburrahman El-Shizari
**tak pernah baca semua lagi, setakat ni baru baca Di Atas Sajadah Cinta, dan memenag tak dinafikan, ceritanya seakan nukilan jiwa paling dalam.
Carta No. 4
Baju Kurung. Selalunya, orang perempuan kampung je yang sering dikaitkan dengan baju kurung ni kan? Tapi, kalau dah macam-macam corak, macam-macam jenis, perempuan mana tak suka kan?
fifahsubuki says: pakailah apa-apa pakaian, asalkan menepati ciri-ciri dibawah.
Carta No. 3
Selendang yang terhad dan mempunyai nilai abstrak.
Afifah memang suka beli dan kumpul selendang yang mempunyai corak yang jarang ditemui. Macam limited edition gitu, tapi taklah beratus-ratus harga dia. Beli pun kat pasar malam ja..haha!
**sejujurnya, semua selendang tu Afifah tak pernah pakai, adik bongsu Afifah ja yang pakai sebab saiz kecik dan agak jarang. Tapi, seronok dan ceria bila tgok dia pakai. Lawa.
Carta No. 2
Sneakers.
:lawa kan?
Yes! setakat ni Afifah dah ada dua pasang sneakers. Afifah suka pakai sneakers sebab dia tutup penuh kaki kita. Tapi, ada kawan cakap, perempuan pakai sneakers nampak brutal..betul ke? Haha~ Afifah harap sangat, satu hari nanti Afifah boleh beli sneakers yg berjenama dan cantik macam kat atas ni.. :]
Carta No. 1Imej-imej comel dari internet.
Afifah sendiri tak tahu kenapa Afifah suka sangat menyemakkan folder 'Awesomeness' dengan imej lucu, comel dan nasihat-nasihat. Mungkin untuk peringatan diri sendiri. In Syaa Allah. Ini antaranya:
-Imej comel,
-Imej lucu,
-Imej nasihat,
Cukuplah sampai disini dulu, In Syaa Allah ada rezeki Afifah Update lagi k.
Alhamdulillah, hari ini sudah 1 Jun 2013. Afifah masih dapat bernafas seperti biasa. Semoga Allah memberi kita semua kebaikan di dunia dan akhirat kelak. Amin.Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)