Ada seorang lelaki yang ingin memeluk agama Islam dah telah mempelajari dengan mendalam apa itu islam dan kelebihannya, namun tidak dapat mencari jawapan kenapa wanita islam perlu memakai tudung. Bila ditanyakan pada wanita-wanita yang bertudung, mereka menyatakan bahawa mereka bertudung kerana tuntutan agama islam itu sendiri. Jawapan tersebut masih tidak dapat memuaskan hatinya sehinggalah dia menemui seorang ustaz. Apabila dia menyatakan masalah berkenaan tudung kepada ustaz tersebut, ustaz tersebut hanya tersenyum dengan masalah yang dihadapi oleh lelaki tersebut
Dengan rasa penuh ingin tahu, lelaki tersebut meminta supaya ustaz menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan wanita bertudung ini dan kenapa perlu bertudung? Ustaz tersebut menyatakan dengan meminta lelaki tersebut membandingkan emas yang di jual di kedai emas dan yang dijual dipasar malam. Lelaki tersebut dengan pantas menyatakan bahawa emas yang di jual di pasar adalah palsu, murah dah tiada kualiti tetapi emas yang dijual di kedai emas adalah emas tulen, mahal dan tinggi kualitinya.
Sekali lagi ustaz tersebut meminta lelaki tadi untuk menyatakan bagaimana keadaan emas yang berada di pasar dan di kedai emas. Lelaki tersebut menyatakan bahawa emas yang berada di pasar malam (palsu) biasanya tiada orang mahu mencurinya dan boleh ditinggalkan dengan amannya. Manakala emas di kedai emas dijaga penuh rapi, dengan cermin kalis peluru, dengan di kawal oleh pengawal keselamatan untuk mengelakkan dari dicuri untuk mendapatkan nilainya yang sangat mahal.
Kemudian ustaz tersebut menyatakan bahawa wanita yang bertudung adalah diumpamakan dengan emas yang berada di kedai emas, sangat terjaga dari segi tatasusilanya, menjaga kehormatannya dan menjaga agamanya. Manakala wanita yang tidak bertudung seumpama emas di pasar malam di mana nilainya sangat rendah, kurang bertatasusila, tidak menjaga kehormatannya (auratnya) seolah2 tidak patuh dengan ajaran agama yang dianutinya.
No comments:
Post a Comment