Janji Allah:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
Novel JAJA & DIN. **cerita lama la..okela, tapi saya baru baca..hee
CINTAKU
- Hukum wanita bersolek
- akan datang..~
Hukum Bersolek (WANITA)
- wajib jika untuk suami mereka
- haram untuk lelaki ajnabi (lelaki bukan mahram) / untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekan.
- haram jika bersolek sehingga mengubah dan meminda kejadian ALLAH SWT dan menyerupai persolekan wanita jahiliah atau tabarruj jahiliah .
tabarruj jahiliah :wanita berpakaian yang mendedahkan aurat / perhiasan / kecantikan mereka kepada lelaki bukan mahram .
Sabda Nabi SAW , meksudnya; "Ada dua golongan ahli neraka yang belum aku pernah nampak ;pertama , segolongan manusia yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu dan mereka memukul menusia dengannya. Kedua , wanita yang berpakaian tetapi telanjang , bergaya melenggok-lenggok kepala mereka seperti goh(bonggol di bahagian belakang unta). Mereaka tidak masuk syurga , hatta menciumnya pun yidak dapat. sesungguhnya bau syurga boleh dicium jarak sekian-sekian (amat jauh tidak terkira) "
:riwayat muslim:
” … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13).
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ~maaf baru sempat ucap.
Di sebalik kemeriahan sambutan Eidul Fitri, Islam telah meletakkan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari kebesaran. Inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa selaras dengan natijah ibadah berpuasa itu disyariatkan. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w turut sama meraikan hari lebaran ini dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Hal ini boleh dilihat dengan tindakan Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Eidul Fitri dan Eidul Adha. Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)
Lafaz ucapan hari lebaran seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dalam meneladani sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
( Kitab Fath al-Bari)
Justeru, mulai daripada syawal 1431h pada tahun ini, adalah tidak salah kita mulakan lafaz hari lebaran dengan ucapan indah yang bertepatan dengan anjuran sunnah Rasulullah S.A.W.