Banyak yang nak diceritakan.

Sejak Ramadan datang ni, macam-macam benda berlaku. Ada yang baik, Alhamdulillah dan ada yang datang sekadar menguji. Hari Isnin dan Selasa ni, (29 & 30) ada test Bahasa dan Sejarah. Kedua-duanya matapelajaran wajib lulus bagi Calon SPM 2013. Preparation: Tengah berusaha la ni,, =)

Sebenarnya tengah cek keputusan PLKN. Berdebar-debar sangat sebab tak mau p. Dari lepas Subuh tadi asyik dok jem kemain teruk lagi. 

**printscreen.

tak habih-habih dia punya redirecting. Malaih ar nak layan hang.

Haritu ada sembang dengan mak dengan ayah pasal PLKN ni,,
Ayah: Kakak, kamu dah ek dah keputusan PLKN?
(terpinga-pinga tiba-tiba,) Afifah: Dah keluaq ka? (perut rasa kecut semacam ja)
Ayah: Kawan ayah cakap hujung bulan ni,,,
Afifah: Lambat lagi, **malas nak ingat tpi hati dah memberontak.

Tiba-tiba mak datang,
Afifah: Mak, doa seorang ibu tu kan makbul. Mak doakan akak tak p PLKN tau.
(Mak dengan ayah main mata pulak!)
Afifah: Mak, janganlah aniaya akak pulak..,,
(Mak dengan ayah gelak,)

Ahh!~ Cepatlah..

Alhamdulillah, genap 17 tahun.

Subhanallah wal Hamdulillah wala illaha illallah Allahu Akbar.

Yeah! Hari ini genap umur saya(poyo kejap) genap 17 tahun. Umur yang dinanti-nanti dan sangat berdebar. Taktau kenapa tapi syok sangat-sangat. Haha! Saya ada kembar who born on the same date. Pagi-pagi lagi kitorang dah wish satu sama lain. Sai yang dok kat tepi dah cakap, haha..dua-dua hari jadi hari ni. And i get a big smile. Bersyukur sangat. Pada umur 17 tahun ni, Allah berikan kesihatan yang baik, keluarga yang baik, sahabat yang baik, dan persekitaran yang menerima kehadiran saya dengan sangat baik. 

Rasa macam tak nak menghadapi hari esok, sebab hari ni terlalu special buat diri saya. 
**thank you teacher for the singing. 

And the others, terima kasih sangat pada yang wish. Yang kat Facebook, mesej.. sori tak sempat nak ucap terima kasih.