Banyak yang nak diceritakan.

Sejak Ramadan datang ni, macam-macam benda berlaku. Ada yang baik, Alhamdulillah dan ada yang datang sekadar menguji. Hari Isnin dan Selasa ni, (29 & 30) ada test Bahasa dan Sejarah. Kedua-duanya matapelajaran wajib lulus bagi Calon SPM 2013. Preparation: Tengah berusaha la ni,, =)

Sebenarnya tengah cek keputusan PLKN. Berdebar-debar sangat sebab tak mau p. Dari lepas Subuh tadi asyik dok jem kemain teruk lagi. 

**printscreen.

tak habih-habih dia punya redirecting. Malaih ar nak layan hang.

Haritu ada sembang dengan mak dengan ayah pasal PLKN ni,,
Ayah: Kakak, kamu dah ek dah keputusan PLKN?
(terpinga-pinga tiba-tiba,) Afifah: Dah keluaq ka? (perut rasa kecut semacam ja)
Ayah: Kawan ayah cakap hujung bulan ni,,,
Afifah: Lambat lagi, **malas nak ingat tpi hati dah memberontak.

Tiba-tiba mak datang,
Afifah: Mak, doa seorang ibu tu kan makbul. Mak doakan akak tak p PLKN tau.
(Mak dengan ayah main mata pulak!)
Afifah: Mak, janganlah aniaya akak pulak..,,
(Mak dengan ayah gelak,)

Ahh!~ Cepatlah..

No comments: