Hello March!

Pejam-pejam celik dah masuk bulan 3,,haih, pantasnya masa berlalu. Hari ni saya akan mula masuk kelas tambahan berbayar. Sebelum ni tuisyen kat sekolah je. Lambat? haha! Ini semua adalah rancangan saya untuk melengah-lengah fikiran. Saya bukan jenis yang suka tuisyen berbayar sebab takut kalau tak hadir bukan ke dah membazirkan duit mak ayah. 

Tapi, bila ayah asyik tnya pasal tuisyen so decide untuk proceed je lah dekat tempat tuisyen tingktan 3 dulu. Kat INSTITUT OOI. Tahu tak? Sia yang dok taiping tahu la kot, sebab tuisyen ini antara pusat tuisyen yang popular ditubuhkan sebelum merdeka.

Buat sementara ni, saya amik ADDMATH dulu, In Syaa Allah bulan 5 nanti nak amik BI pula. Kenapa lambat? Sebab buat masa ni, bi saya oke kot..haha! sikit-sikit boleh la. Itu yang nak amik dekat-dekat dengan trial. Harap boleh dapat yang terbaiklah.



Selain drpd say masuk tuisyen, bulan 3 pd tiap-tiap tahun adalah bulan yang terbaik sebab 3 ahli keluarga saya akan menyambut hari jadi mereka iaitu my dad, along, dan manja (adik bongsu) semuanya selang beberapa hari sahaja. Mula dengan Along- 12 March, Ayah- 16 March dan Manja- 19 March. Haha..sukenye. Tapi yang paling meriah konfem birthday ayah..macam tahun-tahun yang lalu.

Okelah! Sampai sini dahulu saya story-story..In Syaa Allah panjang umur saya update lagi. 

:p/s: Ujian sudah mau start..hope me luck. Amin

1 comment:

Tengkubutang said...

done follow..jom singgah sini lak.. n follow sekali yea.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/wordless-wednesday-i-hate-this-bagi-3.html?showComment=1362620836873#c8233176151603559504