Wah,,,cantik tak? Tak kisah pada lukisan/grafik diatas pun sebenarnya asalkan memahami maksud yang tersirat. Kalau kurang faham, baca ayat-ayat yang tersirat diatas pada grafik seterusnya ini:
Hati ini seceria pagi tatkala melihat kecantikan duniawi namun sampai bila sang mata ini mampu celik melihat kebinasaan manusia akhir zaman? Mampukah aku untuk terus sebegini? Sampai bila?
**serius tak pandai bermadah...haha, ayat tunggang terbalik.
Ok! Mula bercerita. Afifah jatuh cinta untuk bertudung labuh sejak tahun lepas tapi itupun bukan tudung koshibo atau tudung-tudung labuh yang dijahit tengah tetapi tudung jenama akel bidang 50. Mula-mula pakai rasa seronok sebab kain dia nipis tapi tak jarang beza berbanding bawal yang nipis dan jarang. *Ada jugak tukar-tukar dengan pakai tudung express yang menutup dada, Alhamdulillah!.
Lepas tu, didedahkan dengan kawan-kawan kat sekolah yang sudah mula menunjukkan sedikit perubahan yang baik dengan menggunakan handsock, stokin kaki dan ada juga yang sudah bertukar tudung pendek (tidaklah pendek sangat tapi bagi sekolah biasa ia sudah mencukupi) kepada tudung yang lebih labuh.
~Subhanallah, hebatkan apabila kita ingin mendekati Allah s.wt. dan agama-Nya, Dia titipkan kita sahabat-sahabat yang baik. Terima Kasih Ya Allah.
Dan tahun ini, Afifah dah form 5, 'Apa yang perlu aku lakukan?' Jadi yang lebih baiklah kan? Sebabnya afifah adalah senior kepada adik-adik yang lain. *Gila dengan perkataan SENIOR, siyesly! HAHA.
Being a student! And Be An Active Muslimah. Aja-Aja Fighting.
'Jika kau fikirkan kau boleh, ♬
Kau hampir Kau hampir boleh melakukan, ♫
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu. ♪ ♪ ♪
Jika kau fikirkan kekalahan,
Kau hampiri kegagalan, ♪♪♪♪♪♪
Jika kau fikirkan kemenangan,
Kau hampiri kejayaan.'
Pesanan untuk diri sendiri dan saudara se-Islam yang khas buat kawan-kawan yang sentiasa berusaha untuk menjadi Muslimah Sejati.
~In Syaa Allah. Janji kita berusaha.
=D Doakan saya untuk terus istiqamah dengan perubahan ini. Tak Nak toleh belakang lagi! Wassalam..
1 comment:
Indahnya . . .
Post a Comment