Alhamdulillah..Finally,,

Subhanallah wal Hamdulillah wala illaha illallah Allahu Akbar. Yesss! Finally, Afifah telah pun menyiapkan 99.99% kerja kursus Matematik Tambahan bagi calon SPM 2013. Waa..bangga gila. Tak percaya? 

Ni diaa..Buktinya. Amacam cantik tak? Sangat simple kan,, takpelah, ni pun guna printer kat rumah Hanis. Haha! Jutaan terima kasih yang tak tahu bila nak balas kepada my gorgeous teacher,, Puan Ch'ng Pooh Khem yang selalu memberi bantuan dan sampai kadang-kadang TER-bagi jawapan..

Selain itu, buat sahabat-sahabat Kumpulan 9. Susah payah kita harungi utk menyiapkan skrip jawapan,, :sori kalau ada buat korang terasa hati or apa-apa yang buat hampa rasa sedih. :'''(

Lagi, utk semuala.. mak ayah, adik-beradik, especially abang dgn adik yg terlalu rajin dok cek skrip ayat dan jalan kerja jawapan. TERBAIK! Sampai kadang-kadang typing error pun hampa nampak,, Hebat hampa wei~ Nanti akak belanja cendol Bismillah k! 
**dah macam ucapan pulak dah.


 **creative tak?


**peminat tegar MILO. siap ada tanda halal Jakim lagi. 
Halalan Toyyiban.



Bahagian yang paling memeningkan. Entah apa-apa punya soalan suruh kami merekabentuk kotak minuman, kami semua dah la buta seni. Tetapi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Yang pasti akhirnya, minda kami pun terbuka, budak-budakkan suka bermain. Jadi apa salahnya kalau pihak pembungkusan mereka satu bentuk kotak minuman yang berbentuk Hemisfera, Silinder.? Alawei, unikkan? HAHA!


Inilah antara lima jenis bentuk..Yang mana hampa suka? ~Takpe, saya ok, saya dah besar.


Takpee..Saya OK! Saya dah besar.


**Hanis punya kolaj. Kreatif tak dia? Siap ada straw lagi..haha


Finally, I love it. Esok boleh hantar! Alhamdulillah.

fifahsubuki says: rindunya kat tiga orang buah hati pengarang jantung, akak call umi cakap kamu semua demam, kesian sgt, In Sya Allah. Habis je SPM, akak terus duduk dgn kamu semua tiga bulan penuh Ok! I'm Promise. Doakan akak kat sini ye sayang.

Sampel Projek Add Math Kesimpulan.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Projek ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang mengaplikasikan dan mengadaptasikan matematik dalam kehidupan seharian. Selepas melakukan penyelidikan, menjawab soalan, melengkapkan jadual dan menyelesaikan beberapa masalah, saya mendapati bahawa penggunaan matematik adalah penting dalam kehidupan seharian kita.
Kesimpulannya, penciptaan yang paling baik adalah mempunyai rekabentuk yang menarik, kos yang berpatutan dan mudah untuk mendapatkannya. Akhirnya, beberapa aspek yang penting telah didapati dalam perekaan ini. Oleh itu, tidak hairanlah rekabentuk memainkan perana penting untuk memasarkan sesuatu produk.

Sampel Projek Add Math Refleksi.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Refleksi.

Matematik memainkan fungsi penting alam bidang ekonomi. Penelitian struktur program sarjana muda dan ijazah lanjutan dalam bidang ekonomi, dan penulisan tesis oleh calon ijazah lanjutan, dan hasil penyelidikan ahli akademik menunjukkan peningkatan yang nyata dalam pengungkapan menggunakan matematik (termasuk statistik dan ekonometrik).

Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), dan bahagian ekonomi akhbar utama, mengandaikan kecelikan matematik dan statistik yang baik untuk seseorang itu memahami analisis ekonomi yang terkandung di dalamnya. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik.

Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian.
Di kalangan pembuat dasar negara pula, terdapat beberapa alasan yang menyokong kepentingan menggunakan kaedah matematik untuk tujuan perancangan. Pertama, model ekonomi berguna kepada pembuat dasar yang berkaitan dengan pengurusan makroekonomi yang mempunyai objektif seperti pertumbuhan ekonomi, kestabilan harga, guna tenaga penuh dan keseimbangan imbangan pembayaran. Misalnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, dan faktor itu lebih mudah diteliti jika dirangkumkan ke dalam satu kumpulan, dan dikenalpasti faktor mana yang paling kuat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.
Kedua, model struktur ekonomi boleh memberikan gambaran kasar mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan jangka panjang seperti pertumbuhan pendapatan, pengwujudan peluang pekerjaan, pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Model yang dibentuk juga membantu menerangkan kesan yang berlaku dari pelbagai strategi alternatif yang dipilih.
Ketiga, model analisis kos faedah (benefit cost analysis, BCA) yang banyak digunakan oleh pembuat dasar banyak membantu kerajaan dalam membuat keputusan tepat pemilihan pelaburan awam yang memberikan pulangan ekonomi yang optimum.
Pada masa kini penumpuan yang lebih perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran asas matematik di kalangan para pelajar. Pada masa yang sama, teknik pengajaran matapelajaran matematik dikalangan para pendidik perlu diperbaiki untuk menjadikan subjek matematik lebih menarik. Pelajar yang mempunyai asas matematik yang kukuh tentunya lebih berkemampuan menghadapi cabaran di lapangan pekerjaan yang semakin mencabar pada masa kini.
Matematik juga memupuk dan melatih seseorang mempunyai keupayaan analitikal yang baik. Justeru itu, bagi membolehkan universiti melahirkan siswazah ekonomi yang bermutu, yang bakal menjadi penggubal dasar, penganalisis dan perancang ekonomi yang berkesan sama ada disektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri, kandungan dan pendedahan pelajar kepada matematik, statistik dan ekonometrik perlu dipertingkatkan.


Penggunaan Kalkulator di kalangan pelajar.
Penggunaan alatan seperti kalkulator memberikan banyak kelebihan dan keberkesanan dalam pengajaran matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Namun, penggunaan di negara kita hanya terbatas di peringkat menengah atas sahaja sedangkan negara-negara di Eropah telah lama menggunakannya dalam pengajaran di peringkat awal sekolah rendah lagi. Guru-guru harus memandang ke hadapan agar mereka tidak terperangkap apabila permasalahan dan situasi terbit menerusi kalkulator. Sama ada bersedia atau tidak, murid akan membawa kalkulator ke kelas dan mula bertanya soalan-soalan. Sama ada sesuatu aktiviti itu melibatkan pengetahuan sedia ada pelajar atau mencari pola-pola nombor abstrak, kalkulator mampu menjadikannya lebih mudah dikendali. Kalkulator sebenarnya memberikan laluan kepada guru untuk mempraktikkan pengajaran penyiasatan lebih daripada sebelum ini. Disamping itu, penggunaan kalkulator perlulah ditangani dengan sebaik-baiknya agar keberkesanannya benar-benar berguna kepada murid dan pelajar dalam proses penerimaan ilmu pengetahuan.
Pengaplikasian kalkulator dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya kearah mewujudkan generasi berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020 negara. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi yang drastik kearah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu dimanafaatkan sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan kalkulator.

Kesimpulannya dalam menangani transformasi pendidikan pada masa kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan perlu kita mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi. Lazimnya sesuatu inovasi itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara.

**boleh tambah lagi penggunaan matematik dalam kehidupan seharian seperti dalam perniagaan, penggunaan ton muzik dan sebagainya.

Sampel Projek Add Math Penerokaan Lanjutan.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Penerokaan Lanjutan.
Ok! Ini, adalah atas permintaan sahabat saya juga, waniey.Penerokaan Lanjutan adalah bahagian second last bagi Projek Add Math. Ye! Nak habis da. haha!~

Soalan:
(i) Reka lima model geometri yang menarik untuk membuat pembungkusan suatu jenama minuman.

Sebenarnya, korang boleh pilih mana-mana bentuk yang korang suka, sebagai contoh:



**tapi yg paling penting tolong tandakan nilai lebar, radius, atau apa-apa yg berkaitan dengan model ya!
Contoh:





(ii) Jika setiap model yang anda reka mempunyai jumlah luas permukaan 240 cm2, hitung nilai  yang terbaik mungkin bagi setiap model dari segi kos pembungkusan dengan menggunakan dua kaedah yang berlainan. Gunakan ICT seperti perisian Excel, Geometer’s Sketchpad (GSP) dan sebagainya.
Berdasarkan nisbah A/V yang telah anda hitung, tentukan model manakah yang anda reka adalah model yang terbaik dari segi kos pembungkusan. Bincang.
Model A : Hemisfera

Bentuk
Bentangan





Formula = 2(22/7)r² + (22/7)r²
Luas Permukaan = 240 cm²

Kaedah Satu: Kalkulator Saintifik
2(22/7)r² + (22/7)r²  = 240
3(22/7)r²                  = 240
**selesaikan sehingga dapat jawapan nie:  =5.046cm²

Luas Permukaan: 2(22/7)r² + (22/7)r²
A = [2 x (22/7) x (5.046)²] + [ (22/7)x (5.046)²
    = 239.97 ~ 240 cm²
Isipadu:
V = 2/3 (22/7)r²
     =268.967 cm³

Kaedah Dua: Microsoft Excel
Luas Permukaan,
r
3Ï€
3Ï€r²
5.045
9.4248
25.452
239.88
5.046
9.4248
25.462
239.97
5.047
9.4248
25.472
240.07
5.048
9.4248
25.482
240.16
5.049
9.4248
25.492
240.26
5.05
9.4248
25.503
240.36
5.051
9.4248
25.513
240.15
5.052
9.4248
25.523
240.55

Isipadu,
r
⅔ Ï€
V = ⅔ Ï€r³
5.046
2.0944
128.482
269.092

Nilai  = A/V

         =0.8918 

Afifah says: I am really sorry for this. Afifah banyak merujuk pada cikgu Ch'ng untuk siapkan bahagian ni. Agak rumit sebab banyak pengiraan yang diperlukan dari kaedah yg berbeza. Kaedah yang Afifah gunakan ialah 
Kaedah pertama: Kalkulator saintifik.
Kaedah kedua: Microsoft Excel. 

Jadi, Afifah harap korang boleh selesaikan bahagian ini dengan serba sedikit bantuan guru korang. Dengan sedikit daya usaha, In Shaa Allah, anda boleh! Islam sentiasa boleh!



Sebak mendengar alunan bacaan suci Al-Quran Fatih Seferagic.


Alhamdulillah, Afifah masih diberi peluang oleh Allah swt untuk bernafas hari ini. Tugas Afifah adalah tunduk dan sujud kepada-Nya. In shaa Allah. Subhanallah wal Hamdulillah wala illaha illallah Allahu Akbar. 
Minggu lepas, Afifah dah selesai menjawab kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Perasaan? Mungkin yang Sejarah dan Bahasa Melayu tu agak goyah la, sebab wajib lulus kan. Tapi, harap-harap ada sinar bagi kertas Matematik. Hopefully dapat 100%. Haha! 
Tetapi, perjuangan masih belum selesai. Kertas Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, dan killer paper, Add Math. Walawei! Ecece, macam kertas-kertas tak mencabar. Tambah-tambah biologi yang memerlukan pembacaan yang melampau. Tak tahulah. 
Mengulas kisah tajuk hari ini, Fatih Seferagic. Kenal tak? Mungkin di kalangan kawan-kawan lelaki tak kenal tapi sahabat-sahabat perempuan sudah mula menular menyebut nama beliau. Seorang Hafiz Al-Quran yang suaranya merdu seakan bacaan Sheikh Mishary Rashed Alafasy. Subahanallah.

Nampak biasa pada luarannya tetapi sebenarnya, seorang lelaki yang mempunyai kelebihan tersendiri. 

Sedikit latar belakang beliau.
Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995, kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore. Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat  ketika berusia 4 tahun. Beliau sekarang menetap di Baltimore. Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.
 Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.
Harap-harap akan lahir generasi celik Al-Quran dari Malaysia suatu hari nanti. Aja-Aja Fighting!
Dengarkan kelunakan suara Fatih Seferagic di Youtube.
http://www.youtube.com/watch?v=7b9ZBmfskks&list=PL0AD2855BAFF090AB&index=1

**Rasullullah pernah bersabda..”Bacalah Al-quran kerana Allah telah berfirman bahawa Al-quran dapat mengubat apa yang ada dalam dada.”
Diantara hadis nabi saw yg menerangkan tentang keutamaan membaca Al-Quran dan mengamalkan nya adalah seperti berikut:
Dari 'Abdullah bin 'Amr, dari Nabi saw bersabda: "Akan dikatakan kepada orang yang senantiasa membaca dan mengamalkan Al-Quran: 'Baca dan naiklah, bacalah dengan perlahan sebagaimana engkau membaca nya didunia.Sesungguh nye darjatmu berada pada akhir ayat yang engkau baca" (HR Tirmidzi dalam Jami'iul Tirmidzi (V/162, no 2914)dengan Albani mengatakan ia 'Hasan Sahih',lihat Sahiihut Tirmidzi, Diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dalam Sunnan Abu Dawud (II/152, no 1464) dan Ahmad dalam Musnad Ahmad(II/192)) Dari 'Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Orang yang membaca Al-Quran dan pandai membacanya, maka ia akan bersama para Malaikat utusan yang mulia dan penuh ketaatan.Dan orang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan ia merasa sulit membaca nya, maka ia mendapat dua balasan pahala" (HR Bukhari dalam Shahihul Bukhari (VIII/291 no 4937) dan Muslim(I/550 no 798))
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: "Al-Quran akan datang pada hari Kiamat, lalu berkata: 'Ya Allah, pakaikanlah kepada nya (yakni pembacanya)perhiasan', Lalu ia pun dipakaikan mahkota kemuliaan. Kemudian, Al-Quran berkata: 'Ya Allah, tambahkan lah untuk nya'. Lalu ia dipakaian perhiasan kemuliaan. Kemudian, Al-Quran berkata lagi: 'Ya Allah, redhailah dirinya', Lalu dikatakan kepada orang tersebut: 'Bacalah dan naiklah!', Dan, ditambahkan satu kebaikan untuk nya pada setiap ayat yang dibacanya" (HR At-Tirmidzi, dalam Jami'ut Tirmidzi (V/163 no 2915), Tuhfatul Ahwadzi (X/227-228), Hadis ini disahihkan oleh Albani dalam Sahihtul Tirmidzi (III/8))
Dari Jabir Rasulullah saw bersabda: "Al-Quran akan memberi syafaat (dengan izin Allah) dan ia merupakan lawan berdebat yang jujur. Barangsiapa menjadikannya sebagai pemimpin,nescaya ia akan menghantarnya ke syurga. Namun, barangsiapa yang menjadikan nya berada dibelakang punggung nya(meninggalkan nya) nescaya ia akan mengiring nya ke Neraka" (HR Ibnu Hibban, dalam Shahih nya (no 4443), dan Albani berkata Shahih)

SAMPEL PROJEK ADD MATH BAHAGIAN C.



Kebanyakan minuman kotak dalam pasaran berbentuk kuboid. Luas permukaan suatu kuboid, A cm², boleh dihitung dengan mudah untuk memberikan kita satu anggaran kasar tentang jumlah bahan yang digunakan untuk membuat kotak minuman itu. Begitu juga, isi padu kotak tersebut boleh dihitung untuk menunjukkan isi padu minuman yang boleh diisi ke dalam kotak tersebut.
     
   (a) Nyatakan satu konjektur untuk nisbah
Buat sukatan dan penghitungan yang diperlukan terhadap lima jenama minuman kotak yang telah anda kumpulkan untuk menguji konjektur anda.

Konjektur: Semakin besar saiz kotak, semakin kecil nisbah bagi nilai  A/V.

Formula untuk luas= Tinggi x Panjang       
Formula untuk isi padu= Tinggi x Panjang x Lebar 



Jenama A:

Luas =2(8.5cm x 4.5cm)+ 2(4.5cm x 3cm)+ 2(8.5cm x 3cm)
            =154.5 cm²           
Isipadu = 8.5cm x 4.5cm x 3cm
                 =114.75 cm³      

Nilai A/V;
 154.5 bahagikan dengan 114.75

=1.346 cm^-1




Jenama B:

Luas=2(8.6cm x 4.8cm)+ 2(4.8cm x 3cm)+ 2(8.6cm x 3cm)
           =162.96 cm²
Isipadu= 8.6cm x 4.8cm x 3cm
           =123.84 cm³       
                                           
 Nilai A/V; kira sendiri ye awak!                
                                                        
                                                                     










Jenama C:



Luas=2(11.7cm x 4.9cm)+2(4.9cm x 3.7cm)+ 2(11.7cm x 3.7cm)
           =237.5 cm²
Isipadu= 11.7cm x 4.9cm x 3.7cm
             = 212.121cm³
                                            
   Nilai A/V; kira sendiri ye awak!      











Jenama D: 
    
Luas=2(13.1cm x 5.2cm)+2(5.2cm x 3.7cm)+ 2(13.1cm x 3.7cm)
              =271.66 cm²
Isipadu= 13.1cm x 5.2cm x 3.7cm
                = 252.044cm³
                                                            
 Nilai A/V; kira sendiri ye awak!                 









Jenama E:

Luas=2(19.5cm x 9cm)+ 2(9cm x 5.7cm)+ 2(19.5cm x 5.7cm)
          =675.9 cm²
  Isipadu= 19.5cm x 9cm x 5.7cm
                = 1000.35cm³

Nilai A/V; kira sendiri ye awak!      









Jenama
Luas permukaan
Isipadu
 Nilai A/V
A
154.5
114.75
B
162.96
123.84
C
237.5
212.121
D
271.66
252.044
E
675.9
1000.35

Kesimpulannya, benarlah pernyataan konjektur untuk nisbah A/V iaitu Semakin besar saiz kotak, semakin kecil nisbah bagi nilai A/V.

(b) Untuk lima nilai A/V yang telah anda hitung dalam bahagian (a),
(i) cari min dan median.
Antara dua statistik ini, bincang secara ringkas statistik yang mana lebih sesuai
sebagai sukatan kecenderungan memusat bagi data tersebut.
Formula min:  
 1. Tambah semua nilai A/V, bahagi dengan lima.
    
Median :
Susun nilai A/V  awak secara menaik dan bulatkan nombor yang berada di tengah2.

(ii) cari julat antara kuartil dan sisihan piawai.

Antara dua statistik ini, bincang secara ringkas statistik yang mana lebih sesuai
sebagai sukatan serakan bagi data tersebut.

Berdasarkan nilai A/V , CARI JULAT KUARTIL dan KIRA SISIHAN PIAWAI. 

(c) Berdasarkan nilaI-nilai  A/V yang telah anda hitung, jenama manakah yang terbaik dari
segi kos pembungkusan? Bincang.


Seterusnya, membuat perbincangan tentang jenama terbaik untuk pembungkusan air kotak.