Sebak mendengar alunan bacaan suci Al-Quran Fatih Seferagic.


Alhamdulillah, Afifah masih diberi peluang oleh Allah swt untuk bernafas hari ini. Tugas Afifah adalah tunduk dan sujud kepada-Nya. In shaa Allah. Subhanallah wal Hamdulillah wala illaha illallah Allahu Akbar. 
Minggu lepas, Afifah dah selesai menjawab kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Perasaan? Mungkin yang Sejarah dan Bahasa Melayu tu agak goyah la, sebab wajib lulus kan. Tapi, harap-harap ada sinar bagi kertas Matematik. Hopefully dapat 100%. Haha! 
Tetapi, perjuangan masih belum selesai. Kertas Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, dan killer paper, Add Math. Walawei! Ecece, macam kertas-kertas tak mencabar. Tambah-tambah biologi yang memerlukan pembacaan yang melampau. Tak tahulah. 
Mengulas kisah tajuk hari ini, Fatih Seferagic. Kenal tak? Mungkin di kalangan kawan-kawan lelaki tak kenal tapi sahabat-sahabat perempuan sudah mula menular menyebut nama beliau. Seorang Hafiz Al-Quran yang suaranya merdu seakan bacaan Sheikh Mishary Rashed Alafasy. Subahanallah.

Nampak biasa pada luarannya tetapi sebenarnya, seorang lelaki yang mempunyai kelebihan tersendiri. 

Sedikit latar belakang beliau.
Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995, kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore. Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat  ketika berusia 4 tahun. Beliau sekarang menetap di Baltimore. Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.
 Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.
Harap-harap akan lahir generasi celik Al-Quran dari Malaysia suatu hari nanti. Aja-Aja Fighting!
Dengarkan kelunakan suara Fatih Seferagic di Youtube.
http://www.youtube.com/watch?v=7b9ZBmfskks&list=PL0AD2855BAFF090AB&index=1

**Rasullullah pernah bersabda..”Bacalah Al-quran kerana Allah telah berfirman bahawa Al-quran dapat mengubat apa yang ada dalam dada.”
Diantara hadis nabi saw yg menerangkan tentang keutamaan membaca Al-Quran dan mengamalkan nya adalah seperti berikut:
Dari 'Abdullah bin 'Amr, dari Nabi saw bersabda: "Akan dikatakan kepada orang yang senantiasa membaca dan mengamalkan Al-Quran: 'Baca dan naiklah, bacalah dengan perlahan sebagaimana engkau membaca nya didunia.Sesungguh nye darjatmu berada pada akhir ayat yang engkau baca" (HR Tirmidzi dalam Jami'iul Tirmidzi (V/162, no 2914)dengan Albani mengatakan ia 'Hasan Sahih',lihat Sahiihut Tirmidzi, Diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dalam Sunnan Abu Dawud (II/152, no 1464) dan Ahmad dalam Musnad Ahmad(II/192)) Dari 'Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Orang yang membaca Al-Quran dan pandai membacanya, maka ia akan bersama para Malaikat utusan yang mulia dan penuh ketaatan.Dan orang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan ia merasa sulit membaca nya, maka ia mendapat dua balasan pahala" (HR Bukhari dalam Shahihul Bukhari (VIII/291 no 4937) dan Muslim(I/550 no 798))
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: "Al-Quran akan datang pada hari Kiamat, lalu berkata: 'Ya Allah, pakaikanlah kepada nya (yakni pembacanya)perhiasan', Lalu ia pun dipakaikan mahkota kemuliaan. Kemudian, Al-Quran berkata: 'Ya Allah, tambahkan lah untuk nya'. Lalu ia dipakaian perhiasan kemuliaan. Kemudian, Al-Quran berkata lagi: 'Ya Allah, redhailah dirinya', Lalu dikatakan kepada orang tersebut: 'Bacalah dan naiklah!', Dan, ditambahkan satu kebaikan untuk nya pada setiap ayat yang dibacanya" (HR At-Tirmidzi, dalam Jami'ut Tirmidzi (V/163 no 2915), Tuhfatul Ahwadzi (X/227-228), Hadis ini disahihkan oleh Albani dalam Sahihtul Tirmidzi (III/8))
Dari Jabir Rasulullah saw bersabda: "Al-Quran akan memberi syafaat (dengan izin Allah) dan ia merupakan lawan berdebat yang jujur. Barangsiapa menjadikannya sebagai pemimpin,nescaya ia akan menghantarnya ke syurga. Namun, barangsiapa yang menjadikan nya berada dibelakang punggung nya(meninggalkan nya) nescaya ia akan mengiring nya ke Neraka" (HR Ibnu Hibban, dalam Shahih nya (no 4443), dan Albani berkata Shahih)

No comments: